salam,
sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku pun ada blog cam orang lain.aku minat IT so aku rasa aku pun nak terokailah pasal blog untuk menambahkan minat aku lagi.
mmm ok gak.......aku baru cuba add gambar sebelah ni.ekekekekek
aku terbaca dari satu email yang angah sll hantar kat aku......aku kongsi apa yang email ni perkatakan :
Saya pun ada FALSAFAH 5 JARI juga. Falsafah ini disampaikan BAPA-SAUDARA saya ketika saya pulang dari merantau. Begini bunyinya lebih kurang:
1. Jari Kelingkin
Jari kelingkin adalah ibarat bagi BAYI & sepanjang riwayat seorang BUDAK, sebelum BALIGH. Dalam tempoh ini, kita turut saja apa saja 'cakap' IBU-BAPA 100%. Oleh itu, kita dapat belajar BAHASA & BUDAYA. Kesannya, kita dapat bersantun atau sebaliknya apabila berjumpa adik-beradik/sanak-saudara. Jika elok bahasa yang diajar, maka eloklah hubungan dengan orang berkenaan.
Bahkan, dalam tempoh ini, segala MAKAN-MINUM-PAKAI terima sahaja. Jika disuap, maka makan-minum ada saja. Tidak pernah menolak. Kalau lapar/dahaga, adu sahaja pada EMAK atau sesiapa sahaja termasuk adik-beradik. Orang berkenaan pasti menyediakannya untuk kita, percuma.
Maksudnya, menurut saya, adalah dalam tempoh 'kelingkin' ini. Kita pasti mendapat 'latihan' & 'layanan' dari orang yang jaga/asuh kita dengan lengkap/sempurna. Jika sebaliknya, maka punahlah kita.
2. Jari Manis
Ini adalah ibarat bagi seorang REMAJA iaitu usia selepas BALIGH. Sepanjang usia ini, kita berbaur karana kita boleh berfikir & bertanya karana kita sudah berkawan dengan orang sebaya kita. Cakap IBU-BAPA mulai difikir, ditimbang sebelum diterima & disetujui. Ketika ini, MINDA terlalu aktif & sensitif kepada suasana termasuklah trendy.
Apabila berfikir, unsur paling nyata ialah lamunan & hayalan yang indah & mulia belaka. Kesemuanya itu dirasai manisnya, lunaknya, hidup. Ketika ini, hidup sungguh bergaya dan berdaya. Olih itu, cakap dari IBU-BAPA terbatas atau barangkali dirasai sudah memadai. Maka, cakap dari orang lain ditunggu seperti GURU, USTAZ dan TAULAN.
Berbagai PELAJARAN mudah dihafal/diingat karana sensitif kepada persekitaran.
Maksudnya, tempoh REMAJA adalah waktu paling bagus jadi pelajar untuk belajar, berlatih berkait perkara( teori/kerja ).
3. Jari Hantu( jerangkong, kata awak )
Ini jadi ibarat bagi REMAJA yang sudah tamat belajar, sudah tidak boleh menerima pelajaran dari sesiapa. Dalam tempoh ini, kita mahu mewujud NAMA agar dikenali ramai sebagai pelopor. Usia begini digelar BAPA-SAUDARA saya itu sebagai BANGKA.
Pada usia bangka inilah berbagai kejadian yang tidak dijangka/tidak disangka bermula & terjadi. Ketika begini, urusan peribadi amat ketara diutamakan seperti mengurat wanita/lelaki untuk berkawan malah untuk bernikah atau berzinah. Orang terdekat tidak lagi dihirau kerana objektif perlu dicapai sebagai image-diri. Ketika begini juga , pekerjaan dicari kerana mahu mewujudkan pendapatan & personaliti.
Usia bangka ini disudahi dengan tanggongjawab sebagai SUAMI atau ISTERI, jika usia remaja dipenuhi dengan pelajaran/pengajian hingga dapat kelayakan menurut pekerjaan.

4. Jari Telunjuk
Ini jadi ibarat bagi orang DEWASA, sudah bernikah dan menjadi PEMIMPIN-ISTERI atau PENOLONG-SUAMI malah sudah mempunyai ZURIAT sendiri. Pada usia begini, mereka jadi PEDOMAN yang menunjuk 'jalan/arah' & menerang 'kisah/cara' kepada setiap orang ANAKnya demi HIDUP yang bagus.
Mereka dipanggil AYAH atau EMAK. Semua ANAK mereka minta PETUNJUK sekiranya ada masaalah. Ketika jadi AYAH/EMAK begini, pelajaran & pengalaman SEJAK remaja dirujuk walaupun sekadar SEJARAH PERIBADI sahaja.
5. Ibu Jari
Ini ibarat bagi kita yang mulai menerima MENANTU/bercucu sebagai hasil dari bernikahnya kesemua ANAK. Ketika ini, kita dipanggil ATOK/OPAH olih semua CUCU.
kETIKA begini, kita tidak 'melatih' CUCU sepertimana kita melatih ANAK. Tetapi, semua CUCU datang pada kita & tanya kisah AYAH/EMAK mereka. Tentulah, kita sebut kisah yang bagus sahaja sebab mereka sebenarnya mencari/membina MODEL yang tajuknya diusul kita.
Telapak Tangan
Akhirnya, kita terus merujuk kepada 'telapak-tangan'. Ini jadi ibarat bagi bidang yang kita cebur/libat. Jika semua JARI bergabong disitu, maka suatu rahsia tersimpan iaitu kemajuan & kejayaan sepanjang hidup di dunia. Bahkan jadi kekuatan karena keahlian dapat disatukan berpusat & berketua.
Demikianlah NASIHAT yang dianjur BAPA-SAUDARA saya itu yang kini sudah arwah! Al-Fatihah,Amin ya rabbal alamin.
sekian
Email ni amat menarik bagi aku, pasal tu aku rasa tiada hari tanpa kaunseling, kerana setiap hari angah akan hantar email kat aku semua best-best belaka. Aku suka baca.
Untuk angah : Terima kasih yang tak terhingga atas perkongsian.
Andai kata penulis kat atas ni punya artikel terbaca aku masukkan hasil nukilan dia aku mohon dihalalkan ilmu ini.Amin.